Wednesday, 26 June 2013

Apa hukum bertaklid dengan mazhab lain?



Bismillah..pada minggu lepas saya sempat ke ceramah yang membincangkan tentang bab mazhab-mazhab dalam Islam. Jadi post kali ini kita akan berkongsi hukum kita bertaklid dengan mazhab lain dalam Islam. Sebelum itu biarlah kita tahu tentang perkara asas dalam bermazhab:-
  1. Mazhab-mazhab ini merupakan madrasah dan aliran-aliran fiqah bagi mentafsirkan nas-nas syariat dan pengambilan hukum-hukum daripadanya. 
  2. Sesungguhnya syariat Islam, iaitu nas-nas al-Quran dan al-Hadis lebih besar dan lebih luas daripada mana-mana mazhab.
  3. Syariat Islam menjadi hujah ke atas setiap mazhab, bukan mazhab yang menjadi hujah ke atas syariat islam.
  4. Asas yang mengaharuskan mengikut mazhab-mazhab ini adalah kerana diyakini bahawa ia telah berjaya memperkenalkan kepada pengikutnya hukum-hukum syariat berdasarkanal-Quran dan al-Sunnah. 
  5. Bagi seseorang yang mengikut mazhab tertentu, adalah DIHARUSKAN mengikut mazhab lain dalam sesetengah permasalahan.
  6. Sebagai seorang muqallid(pengikut mazhab), hendaklah dirinya jauh daripada sifat taasub kepada mazhabnya secara melulu, kerana mazhab-mazhab fiqah ini bukan pemecah belah umat Islam.
  7. Perbezaan kefahaman itu adalah sesuatu perkara tabii kepada manusia. Akal, pengetahuan dan kefahaman seseorang adalah berbeza. Maka sudah pasti berbeza tentang kefahaman akan sesuatu perkara. Mazhab sebagai tanda suburnya dan hidupnya fiqah : ).
  8. Hendaklah kita memahami daya usaha yang dicurahkan oleh ulama-ulama mujtahidin daripada pelbagai mazhab itu. 

Jadi dah faham tentang perkara asas dalam bermazhab?? Mari kita teruskan apakah hukum bertaklid dengan mazhab lain? Jawapannya: Mereka yang telah berpegang kepada satu-satu mazhab tertentu boleh bertaklid dengan mazhab lain dengan syarat tidak berlaku talfiq atau tarkib. Apa pula talfiq ???

Talfiq : Mencampur aduk antara dua mazhab dalam satu qadhiyyah (perkara). Hukumnya haram.
Contohnya seseorang mengambil wudhu’ dgn meletak sedikit air di kepala kerana mengikut mazhab syafi’e tetapi menganggap tidak batal bersentuh dgn wanita bukan mahram selepas berwudhu’ kerana memakai mazhab hanafi
Orang yang melakukan perkara diatas , tidak sah sembahyangnya mengikut kedua2 mazhab kerana:
‎1) Mengikut mazhab Syafi’e: dia sudah menyentuh perempuan yang bukan mahramnya selepas wudhu’
‎2) Mengikut mazhab Hanafi: tidak sempurna wudhu’nya kerana hanya meletakkan sedikit air di kepala waktu berwudhu’ sedangkan dalam mazhab Hanafi wajib menyapu kepala sekurang-kurangnya selebar ubun-ubun.



Dah faham apa itu talfiq? Jadi kita teruskan dengan syarat-syarat bertaklid, syarat-syarat bertaklid ada 2 :-
  1. Jangan bertaklid sehingga berlaku talfiq, percampuran sesuatu pandangan ulama mazhab sehingga menjadikannya terkeluar daripada semua pandangan ulama.
  2. Tidak bertujuan sengaja mencari rukhsah, iaitu yang mudah-mudah daripada setiap mazhab(tattabu' al-rukhas). Amlan ini berdosa dan boleh menjadi fasik. 
Jika ada orang awam yang telah berpegang secara ikut-ikut tanpa ilmu dan tanpa mengetahui dalil dengan satu mazhab tertentu boleh bertaklid mazhab lain dalam satu-satu masalh, tetapi ia mestilah memenuhi syarat-syarat di atas.

Alhamdulillah..akhirnya selesai sudah penjelasan tentang hal ini. Terutama bagi mereka yang akan pergi ke luar negara untuk bekerja dan belajar, hal ini sangatlah penting bagi mereka untuk mngetahuinya. Majlis-majlis ilmu sebenarnya banyak membantu kita dalam menambah ilmu di dada dan memperbaiki amalan2 kita. Maka saya mengajak rakan-rakan, marilah kita memenuhi majlis2 ilmu, ceramah2 agama dan tazkirah2 supaya kita menjadi umat Islam yang beramal kerana adanya ilmu, bukan sekadar beramal kerana menurut adat..,in shaa Allah ya!

"berilmu,beramal,bertaqwa"

"walaupun kita mempunyai peribadi yang tidak begitu mulia, cubalah untuk mengingatkan orang lain tentang kebenaran dan kesabaran. Nescaya kita tergolong di dalam kalangan orang2 yang tak rugi"

"sampaikanlah walau satu ayat"

bye.Wassalam : )




No comments:

Post a Comment