Bismillah..
Kali ini kita berkongsi ilmu sedikit tentang ilmu hadis. Sumber perundangan dalam Islam terbahagi kepada dua iaitu :
- Dalil Qatie' (disepakati)
- Dalil Zanni (x disepakati)
Dalil Qatie' terdiri daripada sumber rujukan utama umat Islam iaitu:
- al-Quran
- Hadis as-sunnah
- Ijma'
- Qiyas
Hadis sebenarnya antara sumber perundangan paing penting dalam Islam kerana ianya merupakan sumber kedua selepas al-Quran. Hadis bermaksud baharu dari segi bahasa. Dari segi istlah, hadis bermaksud sesuatu yang disandarkan kepada nabi muhammad s.a.w sama ada dari segi perkataan, perbuatan, pengiktirafan atau pengakuan (taqrir) atau sifat-sifat beliau sama ada fizikal atau sifat-sifat peribadi. Terdapat dua jenis hadis iaitu hadis Maqbul (diterima) dan mardud (tertolak).
Hadis Maqbul:
1. Hadis Sahih - hadis yang sanadnya bersambung, disampaikan oleh perawi yg adil, sempurna kekuatan ingatan dari awal hingga akhir sanad tanpa ada sebarang percanggahan(syaz) dan juga kecacatan(‘illah).
- sahih lizatihi
- sahih lighairihi
2. Hadis Hasan - hadis yang sanadnya bersambung dari awal hingga akhir, disampaikan oleh perawi yg adil, kekuatan ingatannya kurang sedikit daripada tahap ingatan pelapor hadith sahih, tanpa ada sebarang percanggahan(syaz) dan juga kecacatan(‘illah).
- hasan lizatihi
- hasan lighairihi
Hadis Mardud:
1. Daif - hadis yang tidak memenuhi ciri-ciri hadis sahih dan hadis hasan.
- Maudhu'
Seterusnya, hadis-hadis ini dikategorikan mengikut SANAD dan MATAN nya. Dalam mengikut sanad, hadis akan terbahagi kepada dua iatiu hadis mutawattir atau hadis ahad.
Hadis mutawattir : Berita dari Rasulullah s.a.w yg disampaikan secara bersama oleh org-org yg dipercayai dan mustahil mereka bersepakat untuk berbohong. Terdapat 4 syarat hadis mutawattir iaitu :-
1. Perawi hadith hendaklah thiqah (dipercayai) dan mengetahui apa yg disampaikan dgn perkataan yg begitu pasti dan sahih.
2. Sandaran penyampaian hendaklah menerusi sesuatu yg kukuh eg: penyaksian /mendengar secara langsung.
3. Bilangan perawi hendaklah ramai dan mustahil menurut adat bahwa mereka berpakat berbohong.
4. Bilangan perawi yg ramai ini tetap sebegitu dari mula sanad, pertengahan sehingga akhir sanad dan perawi yg meriwayatkannya minima 10 org.
Hadis Ahad : Hadith yg tidak sampai peringkat hadith mutawatir. Hadis Ahad terbahagi kepada 3 bahagian :
1. Hadith mashyur: diriwayatkan dgn 3 perawi
2. Hadith ‘ Aziz : diriwayatkan dgn 2 perawi
3. Hadith Gahrib : diriwayatkan dgn seorang perawi
Sebagai umat Islam, kita perlulah mengetahui perkara2 mngenai hadis kerana di zaman moden ini terdapat golongan yang membuat hadis2 palsu untuk mnyesatkan umat Islam (seperti hadis tentang amalan-amalan tertentu dalam hari-jari istimewa dalam Islam). Hadis yang boleh kitagun adan terima pakai ialah hadis Sahih dan hadis Hasan. Manakala, hadis Daif tidak boleh gunakan sebagai hukum, kita cuma boleh digunakannya sebagai hujah yang tidak muktamad yang perlu disokong oleh hadis maqbul lain. Maka sebelum mengamalkan setiap amalan riwayat hadis-hadis, telitilah dahulu apakah kategori hadis tersebut dan tanyalah orang yang lebih mengetahui tentang ha-hal ini.
"beramallah dengan ilmu yang kamu tahu, janganlah beramal secara mengikut adat atau gerak geri orang lain"
Jika terdapat sebarang pertanyaan tentang post ini, silalah tanya di FB saya. (link ada di SIDEBAR)
bye.Wassalam : )
No comments:
Post a Comment